Latar belakang dan pelancaran Reboot (album Treasure)

Pada 12 Jun 2023, satu video disiarkan di saluran YouTube rasmi kumpulan muzik Treasure, di mana pengasas YG Entertainment (YGE) mengumumkan projek "but semula" untuk kumpulan itu. Projek tersebut termasuklah rancangan untuk album studio kedua dan pengumuman subunit Treasure yang pertama, T5 yang akan mengambil bahagian dalam promosi prapengeluaran sebelum pelancaran album tersebut.[4][5] Anggota T5 yang terdiri daripada Junghwan, Junkyu, Jihoon, Jaehyuk dan Doyoung didedahkan melalui gambar-gambar konsep yang disiarkan secara dalam talian.[6] Pada 19 Jun, YGE mengumumkan bahawa T5 akan membuat penampilan sulung dengan runut "Move" (Gerak) dan video latihan tariannya akan dilancarkan pada 21 Jun, seminggu sebelum debut rasmi T5 sebagai strategi promosi.[7][8][9] Pada 28 Jun, lagu "Move" dilancarkan di platform penstriman bersama-sama dengan video muziknya.[10][11]

Pada 4 Julai, YG Entertainment mengesahkan melalui filem pengumuman bahawa Treasure akan membuat kemunculan kembali bersama dengan album studio kedua Reboot pada 28 Julai.[12] Senarai lagu untuk album tersebut telah disiarkan pada 17 Julai, mendedahkan 10 lagu baharu termasuklah single prapelancaran T5 "Move" dan "Bona Bona" yang kemudiannya dipilih sebagai runut utama album.[13] Pada 26 dan 27 Julai, video muzik acah pertama dan kedua untuk "Bona Bona" dilancarkan.[14][2]

Rujukan

WikiPedia: Reboot (album Treasure) https://www.wikidata.org/wiki/Q120973976#identifie... https://musicbrainz.org/release-group/326801c6-8d8... https://www.music-flo.com/detail/track/479366445/d... https://www.music-flo.com/detail/track/479366446/d... https://www.music-flo.com/detail/track/479366447/d... https://www.music-flo.com/detail/track/477113516/d... https://www.music-flo.com/detail/track/479366448/d... https://www.music-flo.com/detail/track/479366449/d... https://www.music-flo.com/detail/track/479366450/d... https://www.music-flo.com/detail/track/479366451/d...